APA ITU PENDIDIKAN KHAS?
Pendidikan Khas ialah suatu program
pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi
keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam
pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak
berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk
memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam
kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran
yang direka bentuk untuk memenuhi
keperluan istimewa kanak-kanak
berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000)
Mengikut Heward (2000) pula
pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas
sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus
atau mengatasi halangan yang mungkin
menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat.
Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah
yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami
pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang
ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta
sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?
Kanak-kanak yang berbeza daripada
kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa ( 1) dalam ciri-ciri mental ( 2)
keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal ( 4)
dalam tingkah laku social- emosi ( 5) dalam keupayaan komunikasi atau ( 6)
dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang
diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga
kemampuan maksima.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan
yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
1)DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN
SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang
menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
2)Pada tahun 1959 PERTUBUHAN
BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA
dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut
kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.
3)AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian
1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan
layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.
4)LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan
satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas
kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab
kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut:
§ Tanggungjawab
Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah
penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.
§ Tanggungjawab
Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang
upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
§ Tanggungjawab
Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring
kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko
Selain daripada itu dalam Laporan
jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak
semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS
Kanak-kanak lazimnya setelah melalui
suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan.
Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal
atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan
program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga
kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka.
Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.
SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS
Kanak-kanak lazimnya setelah melalui
suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan.
Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal
atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan
program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga
kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka.
Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.
JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID
BERKEPERLUAN KHAS :
- Kerencatan akal
- Masalah Penglihatan
- Masalah Pendengaran
- Masalah tingkah laku/emosi
- Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
- Palsi Serebral
- Masalah pembelajaran spesifik
- Masalah komunikasi dan bahasa
- Masalah Autisme
- Masalah pintar cerdas
No comments:
Post a Comment