Monday, April 24, 2017

Kebaikan Teknologi dalam Pendidikan

 Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itu sendiri. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Manakala yang ketiga ialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia terutama pada diri pelajar itu sendiri.

  Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

  Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.

 Kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internet adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama.



No comments:

Post a Comment

Penggunaaan Teknologi dalam Pendidikan Khas

Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya da...